Ahad, 17 Februari 2013

Pau gebu

Pau Gebu ( water roux)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com(minta izin copy resepi ni ye...tq)
Bahan-bahanya
500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux (saya masukan 1 adunan dibawah}
2 1/2 sudu kecil yis (saya guna 1 bgkus..)
resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux
-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

Adunan
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti  dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.

Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus
1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)
2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)
3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain)  dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.
4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...